Bantu kurangkan tekanan kanak-kanak
Iklan
Kerajaan bersetuju untuk tidak melaksanakan ujian diagnostik khas bagi kemasukan ke Tahun Satu bagi murid berusia enam tahun bagi mengelakkan bebanan, selain mempermudah pelaksanaan sistem pendidikan. Gambar kecil: Dari kiri, Wan Muhamad A'athif, Nur Hidayu dan Rosnini.
SHAH ALAM - Langkah kerajaan tidak melaksanakan ujian diagnostik khas kemasukan ke Tahun Satu bagi murid enam tahun dilihat dapat mengurangkan tekanan kepada kanak-kanak yang belum bersedia untuk melalui sebarang ujian penilaian.
Kakitangan swasta, Wan Muhamad A'athif Wan Mawardi, 30, berkata, dia bersyukur dengan keputusan diambil kerajaan untuk tidak melaksanakan ujian diagnostik khas untuk layak memasuki Tahun Satu pada 2027.