NUTP syor lepasan prasekolah, Tadika masuk Tahun Satu
Iklan
NUTP menyarankan hanya murid prasekolah atau Tadika berusia lima tahun layak memulakan Tahun Satu. Gambar kecil: Fouzi
SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyarankan supaya hanya murid yang telah melalui sistem prasekolah atau Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) berumur lima tahun diberikan pertimbangan untuk memulakan Tahun Satu pada usia enam tahun.
Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berpandangan, ia kerana kanak- kanak lepasan prasekolah dan Tadika sudah pandai mengurus diri dan bersosial dengan rakan sebaya.