Keputusan CAS: FIFA maklum ahli bersekutu - FAM

Iklan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu serta konfederasi berkaitan supaya menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya di peringkat domestik dan benua dengan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Dilampirkan adalah maklum balas daripada FIFA berkenaan keputusan CAS untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

"FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta,” menurut hantaran itu.

Iklan

Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa CAS telah membenarkan tujuh pemain warisan terbabit yang sebelum ini digantung untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan mereka diterima. - Bernama

 

Iklan