ZUS COFFEE menang anugerah kategori emas di Putra Brand Awards

Iklan
ZUS COFFEE menang anugerah kategori emas di Putra Brand Awards, baru-baru ini.

ZUS COFFEE, jenama kopi yang berkembang pesat di Asia Tenggara, memenangi Putra Brand Awards pertamanya apabila merangkul pingat emas dalam kategori Restoran dan Kedai Makanan Segera, baru-baru ini.

Pengiktirafan yang ditentukan melalui undian pengguna itu mencerminkan kepercayaan dan sokongan kukuh terhadap visi tempatan ZUS COFFEE untuk menjadikan kopi istimewa mudah diakses oleh semua.

Iklan
Iklan

Putra Brand Awards, yang turut dikenali sebagai Anugerah Pilihan Rakyat, ditentukan menerusi kajian pengguna di seluruh negara dan disokong oleh badan industri utama, sekali gus menjadikannya penanda aras kepercayaan pengguna di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan ZUS COFFEE, Venon Tian, berkata ZUS COFFEE bermula sebagai sebuah kiosk tunggal dengan impian mudah untuk menjadikan kopi istimewa mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Iklan

Menurutnya, ZUS COFFEE bermula sebagai jenama kopi Malaysia sebelum berkembang menjadi salah satu rangkaian kopi paling pesat berkembang di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 1,000 cawangan di seluruh dunia.

“Memenangi Putra Brand Awards pertama kami amat bermakna kerana ia datang daripada orang yang percaya kepada kami dan berkembang bersama kami sepanjang perjalanan.

Iklan

“Pengiktirafan ini mengingatkan kami bahawa ZUS bukan sekadar tentang kopi, tetapi tentang komuniti yang memungkinkan ZUS COFFEE terus maju,” katanya pada Selasa.

Seiring kemasukan ZUS COFFEE ke fasa pertumbuhan seterusnya, anugerah berkenaan menjadi penanda aras penting dalam mengukuhkan cita-cita jenama itu untuk terus berkembang dan muncul sebagai pilihan utama pengguna serta pesaing di peringkat global.

Tambah Venon, memandangkan ZUS COFFEE berkembang di seluruh rantau, mereka berbangga membawa identiti Malaysia ke pentas global.

“Identiti itu berakar umbi dalam menjadi jenama yang diutamakan rakyat dan dipacu komuniti, yang membimbing cara kami membina hubungan melalui kerjasama tempatan dan menu yang disusun rapi bagi melayani keperluan komuniti,” katanya.

ZUS COFFEE kini beroperasi di Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei, Thailand, dan tidak lama lagi, Indonesia.

Daripada tawaran menu yang diinspirasikan oleh citarasa tempatan hingga minuman universal, ZUS COFFEE mengimbangi relevansi budaya secara konsisten, disokong oleh model runcit baharu yang mengutamakan penggunaan aplikasi untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lancar merentasi pasaran.

Dengan perancangan pengembangan menjelang 2026, jenama itu memberi tumpuan untuk membawa pendekatan tempatan yang progresif dalam kopi, teknologi dan pengalaman pelanggan ke peringkat global.