Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak, Sabah hingga 9 malam

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga jam 9 malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Sarawak melibatkan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru dan Telang Usan) serta Limbang.

Iklan
Iklan

Amaran itu turut membabitkan Sabah meliputi kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran). - Bernama