Tun M nikmati coklat ais pada 'outing' pertama dari IJN
Iklan
Dr Mahathir menikmati segelas ice chocolate di sebuah pusat beli-belah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Selasa.
SHAH ALAM - Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil apabila beliau dibawa keluar seketika oleh pegawai perubatan Institut Jantung Negara (IJN) ke sebuah kafe di sebuah pusat beli-belah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Selasa.
Jurucakapnya, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan IJN dan menghabiskan masa kira-kira 40 minit di lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas cokelat ais, sekali gus menjadi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu bagi rawatan dan pemulihan
Keadaan kesihatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan stabil apabila beliau dibawa keluar seketika oleh pegawai perubatan IJN
Iklan
"Dr Mahathir yang memilih untuk menikmati segelas ‘ice chocolate’ bagi ‘outing’ pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6hb Januari bagi rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah," ujar Sufi dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sufi berkata, Dr Mahathir kemudiannya dibawa semula ke IJN dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu meneruskan rawatan di institut berkenaan.
Iklan
Tambahnya, lawatan ke atas bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun masih terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bekas komando ceroboh bilik bilal masjid, curi duit tabung dipenjara empat bulan"><meta itemprop="description" content="Bekas komando ceroboh bilik bilal masjid, curi duit tabung dipenjara empat bulan
Bekas komando dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis selepas mengaku bersalah menceroboh bilik bilal sebuah masjid, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794683/berita/semasa/bekas-komando-ceroboh-bilik-bilal-masjid-curi-duit-tabung-dipenjara-empat-bulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kescuritabungmasjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T09:47:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P106S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3jpuy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3jpuy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3jpuy"></script>