Perancis ikut Australia larang remaja bawah 15 tahun guna media sosial

Iklan
Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan RUU untuk melarang akses media sosial terhadap remaja di bawah usia 15 tahun.

PARIS - Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan rang undang-undang (RUU) untuk melarang akses media sosial terhadap remaja di bawah usia 15 tahun.

Langkah diperjuangkan Presiden Emmanuel Macron sebagai usaha melindungi golongan tersebut daripada masa penggunaan skrin secara berlebihan itu meraih 130 undi sokongan manakala 21 menolak ketika sesi yang berlangsung hingga awal pagi Selasa.

Iklan
Iklan

Ia bakal dibentangkan ke Senat untuk diluluskan sebelum menjadi undang-undang secara rasmi.

RUU yang turut memperuntukkan larangan telefon bimbit di sekolah tinggi itu akan menjadikan Perancis sebagai negara kedua mengambil tindakan tegas sedemikian selepas Australia melaksanakan undang-undang serupa pada Disember lalu.

Iklan

Bekas Perdana Menteri, Gabriel Attal yang memimpin Parti Renaissance berharap Senat akan memberi lampu hijau terhadap RUU seawal pertengahan Februari bagi memastikan ia dapat dilaksanakan menjelang 1 September depan.

"Platform media sosial diberi tempoh hingga 31 Disember 2026 untuk menyahaktifkan akaun sedia ada yang tidak mematuhi had umur ditetapkan," katanya. - Agensi

Iklan