SPPF perkenal teknologi perlindungan cat generasi baharu

Iklan
SPPF Malaysia memperkenalkan teknologi baharu perlindungan cat kereta dari Jepun

PETALING JAYA - SPPF Malaysia memperkenalkan teknologi perlindungan cat automotif generasi baharu yang bukan sahaja menawarkan tahap ketahanan tinggi, malah menjanjikan kejelasan visual unggul serta kemasan berkualiti premium, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam dunia perlindungan cat kenderaan.

Pengarah Teknikal SPPF, Darren Chang berkata, teknologi dilancarkan secara rasmi di Malaysia menandakan permulaan era baharu dalam dunia perlindungan cat automotif, menerusi pengenalan sistem perlindungan cat semburan generasi baharu yang direka, diperhalusi dan dihasilkan sepenuhnya di Jepun.

Iklan
Iklan

“Di SPFF, kami melihat perlindungan sebagai satu seni yang sangat peribadi.

Pengarah Teknikal SPPF, Darren Chang

Iklan

“Potensi penuh teknologi ini hanya boleh dicapai apabila ia diaplikasikan oleh juruteknik yang dilatih di bawah protokol ketat Jepun.

“Ini memastikan setiap aplikasi SPPF memberikan kejelasan, konsistensi dan prestasi yang tiada kompromi, disesuaikan mengikut kepersisan kenderaan dan pemiliknya," katanya sempena pelancaran teknologi tersebut baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, SPPF dalam kenyataan menjelaskan, teknologi baharu filem pelindung semburan cat berkenaan membentuk lapisan serba licin, tanpa pelekat yang dipasangkan terus pada cat kenderaan melalui teknologi proprietari Paintwork Fusion Bonding.

Katanya, pendekatan tersebut mentakrifkan semula keupayaan perlindungan cat dengan membolehkan ketebalan lapisan disesuaikan mengikut keperluan, menawarkan kejelasan optik yang luar biasa serta kemasan sempurna mengikut setiap kontur kenderaan.

SPPF Malaysia memperkenalkan teknologi baharu perlindungan cat kereta yang bukan sekadar menawarkan tahap ketahanan yang luar biasa, tetapi juga menjanjikan kejelasan visual unggul dan kemasan berkualiti tinggi.

“Pada masa sama, konsep Renewable Surface Engineering turut diperkenalkan, di mana lapisan permukaan SPPF direka khusus supaya ia dapat dipulihkan dari semasa ke semasa.

“Melalui proses penggilapan profesional atau penambahbaikan permukaan, kesan lelasan halus, calarringan, tompokan air, pengoksidaan dan kecacatan permukaan dapat dihapuskan, sekali gusmengembalikan kejelasan dan menambah seri tanpa menjejaskan lapisan perlindungan cat yang asal.

“Selepas proses pemuliharaan dilakukan, sistem salutan seramik seperti HydroGlide boleh diaplikasikan semula bagi mengembalikan perlindungan cuaca yang menyeluruh serta memudahkan penyelenggaraan,” menurut SPPF.

SPPF Malaysia memperkenalkan teknologi baharu perlindungan cat kereta yang bukan sekadar menawarkan tahap ketahanan yang luar biasa, tetapi juga menjanjikan kejelasan visual unggul dan kemasan berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, SPFF turut memperkenalkan Infinite Layer Technology yang membolehkan lapisan perlindungan tambahan diaplikasikan ke atas sistem perlindungan SPPF sedia ada.

Pendekatan tersebut membolehkan pemilik meningkatkan lagi tahap perlindungan atau menambah seri kenderaan mengikut peredaran masa, memanjangkan jangka hayat bukan melalui penggantian,tetapi melalui proses pengukuhan pintar.

Pengarah Teknikal SPPF, Darren Chang

Ia menjadikan perlindungan lebih progresif, dan bukannya terhad.

SPPF turut menyediakan perlindungan secara digital melalui aplikasi SPPF.co, dengan memberikan identiti digital tersendiri dan selamat kepada setiap kenderaan yang menggunakan sistem perlindungannya.