Cedera di kepala punca ramai penunggang motosikal maut
Iklan
Meskipun penunggang atau pembonceng memakai topi keledar, hentaman kuat masih boleh menyebabkan gegaran otak, pendarahan dalam kepala atau kecederaan otak yang serius. Foto dijana AI (Gambar kecil: Zainal Ariffin)
SHAH ALAM – Kecederaan kepala dan trauma otak dikenal pasti sebagai jenis kecederaan paling kerap serta kritikal dialami penunggang motosikal, sekali gus menjadi punca utama kematian dan kecacatan kekal.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, impak kemalangan menyebabkan kecederaan melibatkan pelbagai sistem badan, namun sebahagian besar melibatkan trauma di bahagian kepala.