Empat cadangan tangani kes maut motosikal di lebuh raya
Iklan
Penunggang motosikal dua kali lebih berisiko terlibat dalam kemalangan maut ketika keadaan cahaya rendah seperti pada waktu malam, senja atau subuh berbanding waktu siang. Foto hiasan (Gambar kecil: Siti Zaharah
SHAH ALAM - Pembinaan lorong motosikal eksklusif di sepanjang lebuh raya utama negara amat disyorkan sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kadar kematian melibatkan penunggang dan pembonceng.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Madya Dr Siti Zaharah Ishak berkata, sistem penguatkuasaan kelajuan seperti Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) secara point-to-point juga perlu diperluas bagi membendung isu tersebut.