Inkues Zara Qairina: Saksi takut, trauma hingga pindah sekolah

Iklan
Rizwandean ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Dua saksi kanak-kanak yang dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina menyatakan perasaan takut dan trauma semasa Allahyarham disoal serta dimarah oleh pelajar senior dalam kejadian malam 15 Julai tahun lalu.

Peguam Rizwandean M Borhan berkata, selain saksi ke-59, saksi ke-60 juga merupakan 'saksi mata' dan mengesahkan bahawa pada malam itu ada senior menyoal serta menjerit kepada Zara Qairina.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua saksi ini (termasuk saksi ke-59) juga telah mengatakan bahawa apa perasaan mereka semasa Zara disoal dan dimarah. Mereka berasa takut.

"Malah saksi yang pertama hari ini juga mengatakan bahawa semasa kakak senior masuk, sebelum marah kepada Zara, dia sedang makan mi segera bersama rakan dorm lain.

Iklan

"Semasa tengah makan, mereka tengah bising dan disuruh diam sebelum kakak senior itu berjumpa Zara. Jadi, saksi mengatakan bahawa dia rasa trauma, dia rasa takut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai ringkasan prosiding inkues yang berlangsung di Mahkamah Koroner pada Isnin yang dijalankan secara tertutup kerana melibatkan saksi kanak-kanak.

Iklan

Tambah peguam lagi, kedua-dua saksi yang menyatakan perasaan takut dan trauma selepas kejadian yang berlaku pada Zara Qairina pada malam itu menyebabkan mereka pindah keluar dari sekolah menengah agama itu.

"Mereka ini sudah pindah sekolah. Sebab, bila rasa takut mereka pun pindah sekolah menengah agama tersebut," katanya.

Sebelum itu, Rizwandean memaklumkan bahawa saksi kedua pada hari itu juga menyatakan bahawa Zara Qairina seorang yang ceria.

"Dia mengatakan Zara jenis yang suka tolong orang. Jadi kami tanya, dia tolong bagaimana. Saksi mengatakan, contohnya kalau orang tidak cukup duit, Zara akan tolong tambahkan wang. 

"Kami tanya siapa yang dibantunya, rupanya saksi itu sendiri. Semasa dia pergi ke kantin, dia tidak cukup duit dan Zara yang tolong tambahkan wangnya.

"Zara mengatakan kepadanya 'tidak payah kau bayar'. Saksi juga mengatakan bahawa Zara suka tegur orang dan seorang yang jenis hormat dengan senior seperti tunduk ketika lalu di hadapan senior," katanya.

Rizwandean bersama rakan sepasukannya, Shahlan Jufri, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat dalam inkues tersebut.

Zara Qairina, 13, ditemukan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).