Remaja 15 tahun terjatuh dari tingkat 10 kondominium

Iklan
Mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat 10 sebelum ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat tujuh kondominium berkenaan kira-kira jam 1.05 tengah hari.

GEORGE TOWN - Seorang remaja perempuan warga tempatan berusia 15 tahun cedera parah selepas terjatuh dari sebuah bangunan kondominium di Gelugor, di sini, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 1.15 tengah hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari bilik tidur di tingkat 10 sebelum ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat tujuh kondominium berkenaan kira-kira jam 1.05 tengah hari.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut serta kini masih dirawat di unit rawatan rapi.

Iklan

"Setakat ini, mangsa belum sedar. Kita akan merakamkan keterangan selepas dia sedar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, setakat ini pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut.

Iklan

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan sementara siasatan lanjut dijalankan.