RINGGIT meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018.
Awal hari ini, ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan itu mempunyai potensi untuk terus meningkat, dengan menyatakan purata kadar pertukaran ringgit dan dolar AS dari tempoh 21 Julai 2005 hingga hari ini adalah kira-kira 3.82 berbanding dolar AS.