KKR wajibkan syarikat konsesi lantik audit luar

Iklan
Alexander (empat dari kiri) dan Ahmad (dua dari kanan) melakukan gimik pecah tanah naik taraf jambatan Pontian Besar pada Isnin.

PONTIAN – Kementerian Kerja Raya (KKR) mewajibkan semua syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya melantik juruaudit luar sebagai syarat baharu konsesi yang dilantik.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan syarat baharu itu dijangka dalam masa terdekat dan melalui tempoh interim selama setahun bagi melihat keberkesanannya.

Iklan
Iklan

"Kita mensyaratkan pelantikan juruaudit luar baharu ini bagi memastikan sama ada mutu kerja penyelenggaraan jalan raya dan sebagainya adalah dalam tahap yang terbaik.

"Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada laporan seperti mana yang dulu. Ini penambahbaikan yang dibuat bagi memastikan kualiti jalan raya kita mengikut standard antarabangsa," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Penyerahan Projek Siap Jambatan Sungai Pontian Kechil di sini pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Iklan

Alexander berkata, dalam tempoh interim itu, kementerian juga akan menilai dan memilih syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya yang akan disambung kontrak atau melantik syarikat baharu.

"Kita lihat ada kepentingan untuk melantik juruaudit luar supaya kita buat semak dan imbang," ujarnya.

Menurutnya, penyerahan SST adalah bagi Projek Menaik Taraf dan Pelebaran Jambatan Pontian Besar yang menelan kos RM38.04 juta dan dijadualkan siap pada Januari 2029.

Jelasnya, projek tersebut melibatkan kerja pelebaran jambatan dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala serta kerja menaik taraf persimpangan.

"Pelaksanaan projek ini dijangka bakal melancarkan aliran trafik di samping menyediakan laluan yang selesa buat pengguna jalan raya," ujarnya.

Bagi projek jambatan Sungai Pontian Kecil pula ia merupakan salah satu projek yang diluluskan dibawah Program penggantian jambatan yang melibatkan Axle Load, sempit dan uzur.