Pendaftaran Global Sumud Flotilla 2.0 dibuka

Iklan
GSF 2.0 kini dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan ke Gaza.

SHAH ALAM - Gerakan Sumud Nusantara membuka penyertaan kepada orang ramai yang berminat untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0).

Dalam satu kenyataan, gerakan itu memaklumkan, dalam beberapa minggu dan bulan akan datang pihaknya akan membuat persiapan untuk lebih 100 bot bagi misi GSF 2.0.

Iklan
Iklan

"Pendaftaran awam bagi misi kemanusiaan GSF 2.0 kini dibuka. Daftar sekarang dan bersama kita cipta sejarah flotilla terbesar dalam sejarah kemanusiaan.

"Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang relevan serta kelapangan masa, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam pasukan kami," katanya menerusi Instagram.

Iklan

Tambah gerakan itu, sasaran penyertaan kali ini dibuka kepada peserta dari seluruh dunia tanpa pengecualian.

Jelasnya, calon yang akan berlayar disasarkan dapat menyumbang kepada pembangunan semula Gaza seperti jurutera, doktor, pakar pendidikan, pakar perancangan bandar dan lain-lain.

Iklan

"Bagi syarat pemilihan peserta dari Sumud Nusantara juga akan diperketat dengan keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai skil tertentu seperti nakhoda kapal, juruelektrik kapal, mekanik enjin kapal dan lain-lain yang berkaitan.

"Untuk pengetahuan, GSF 2.0 akan dilancarkan pada musim bunga yang akan datang, bertepatan dengan bermulanya musim pelayaran baharu dan Laut Mediterranean kembali boleh direntasi," ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Kerajaan Madani turut menyuarakan komitmen untuk turut serta secara langsung dalam misi GSF 2.0 yang dijangka melibatkan penyertaan dari lebih 80 negara.