Cinta sejati Raja Charles III
Iklan
Raja Charles. Foto: AFP
KECINTAAN mendalam Raja United Kingdom, Raja Charles III kepada alam semula jadi tak akan boleh ditandingi sesiapapun. Jarang sekali kita dengar ada raja jiwanya begitu. Baginda malah sanggup berjuang demi cinta sejatinya yang satu ini.
Sejak 50 tahun lalu, seawal menjadi Putera Wales, Raja Charles sudah beri amaran pada dunia akan ancaman pencemaran, perubahan iklim dan bahaya pertanian industri berskala besar.