Perkembangan dan cabaran minoriti Muslim di Taiwan
Iklan
Keindahan Masjid Taipei menjadi bukti Islam semakin bersinar di Taiwan.
ISLAM berkembang di Taiwan semenjak zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan awal Dinasti Qing (1644-1911) apabila penghijrahan beberapa keluarga Islam menetap di pantai wilayah Fujian.
Mereka terdiri keluarga Islam berketurunan Arab dan Parsi. Bagaimanapun, kebanyakan Muslim di Taiwan hari ini datang daripada tanah besar China selepas Perang Dunia Kedua.