Kemalangan maut motosikal di lebuh raya meningkat
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian.
SHAH ALAM – Jumlah kemalangan maut membabitkan motosikal di lebuh raya dan jalan ekspres seluruh negara menunjukkan peningkatan dengan keseluruhan 2,732 kes direkodkan sepanjang tiga tahun lalu.
Berdasarkan statistik, sebanyak 805 kes direkodkan pada 2023, meningkat kepada 860 kes pada 2024, sebelum melonjak kepada 1,067 kes pada 2025.