Geng Plastik Ija kutip 'kiriman' laut
Iklan
Sebanyak 160kg sampah berjaya dikutip di Pantai Tanjung, Kuala Terengganu oleh komuniti GPI bersama media pada Jumaat.
KUALA TERENGGANU – Laut yang membentang indah di pesisir Terengganu bukan sekadar menawarkan panorama memukau, tetapi pada musim tertentu ia seolah-olah 'menghantar' satu kiriman yang tidak diundang iaitu sampah sarap yang terdampar di pantai dan mencacatkan pemandangan.
Di Kuala Terengganu, situasi itu mendorong komuniti sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) terus konsisten turun membersihkan pantai, sambil membuktikan sampah yang sering dianggap kotor sebenarnya boleh memberi manfaat jika diurus dengan betul.