SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa BN memperoleh kemenangan di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 12,426 undi menerusi 111 saluran daripada keseluruhan 119 saluran.
Iklan
Iklan
"Kemenangan juga buat BN di DUN Lamag dengan majoriti 3,689 undi. (Saluran: 21 daripada 32)," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN); Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan); dan Goldam Hamid (Bebas).
Bagi DUN Lamag pula, pertandingan menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).