MAKKAH – Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah melancarkan mekanisme digital untuk menguruskan program iftar Ramadan bagi individu yang berpuasa, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Sistem yang dibangunkan bersama Platform Kebangsaan Ehsan untuk Kerja Amal dan Yayasan Nusuk itu bertujuan meningkatkan tadbir urus, ketelusan serta keberkesanan operasi.