SEMPORNA - Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan tujuh rumah setinggan di Kampung Perigi, di sini pada Sabtu.
Mayat, Munairaya Baluan, 58, ditemukan di salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.
Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh satu kilometer dari BBP Semporna.
"Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tujuh rumah setinggan jenis tidak kekal telah musnah 100 peratus.
"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan terdapat seorang mangsa terlibat ditemui rentung," katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, kerja memadamkan sepenuhnya bara api masih dijalankan.
"Mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa," katanya.