PRK Kinabatangan, Lamag: SPR terima lima laporan kesalahan sepanjang kempen
Iklan
Ramlan (kiri) melihat seorang pengundi memasukkan kertas undi ke dalam peti undi sewaktu meninjau proses pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam II pada Sabtu. Foto Bernama
KINABATANGAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak lima laporan kesalahan yang diterima sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesalahan yang direkodkan dalam tindakan pihak badan pemantau yang telah dilantik.
Iklan
Iklan
"Ada lima laporan kesalahan yang telah kita terima, di mana empat merupakan kesalahan dalam kempen dan satu yang melibatkan provokasi.
"Ini dalam tindakan pihak badan pemantau yang kita lantik. Tak melibatkan peranan polis dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam di sini pada Sabtu.
Iklan
Diminta mengulas mengenai persediaan untuk berdepan sebarang kemungkinan semasa proses pengiraan undi dan pengumuman pada malam nanti, beliau berkata, SPR mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan.
"Kita ada SOP yang telah kita sediakan, kita juga ada undang-undang yang berkaitan dan kita harap semua pihak patuh dengan segala undang-undang yang patuh.
Iklan
"SPR sebagai badan bebas akan menjalankan kerja dengan berintegriti dan memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan adil, telus dan tidak akan menimbulkan sebarang apa-apa yang berkaitan dengan yang boleh menimbulkan ketilakpuasaan hati," katanya.
Beliau dalam pada itu memaklumkan keputusan akan diperoleh seawal jam 10 malam dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk lokasi pusat mengundi yang jauh dan ada yang menggunakan pengangkutan bot.
"Alhamdulillah, semua 36 pusat mengundi telah dibuka pada pagi tadi, pada jam 7.30 pagi, yang melibatkan 117 salurannya di seluruh Parlimen Kinabatangan.
"Insya-ALLAH, kesemua pusat-pusat mengundi akan ditutup selewatnya pada pukul 5.30 petang dan ada beberapa pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal daripada jam 12 tengah hari, jam 1 tengah hari, jam 2 petang, jam 3 petang dan jam 4 petang.
"Itu adalah melibatkan kawasan-kawasan yang agak sukar untuk kita guna dengan jalan darat. Jadi, dalam pilihan raya kali ini, sebanyak lapan pusat mengundi akan kita gunakan helikopter untuk membawa keluar peti-peti undi dan tujuh pusat mengundi akan menggunakan bot.
"Jadi kita menjangkakan keputusan paling awal kita boleh kita umumkan dengan mengambil kira kesukaran tempat-tempat mengundi tadi adalah dalam sekitar pukul 10 malam," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai hasil tinjauan di pusat mengundi, beliau memaklumkan keadaan tenang dan teratur serta tertib.
"Namun seperti yang saya katakan tadi, keadaan agak lengang," katanya.
Peratus pengundi membuang undi setakat jam 11 pagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag masing-masing sebanyak 33 peratus dan 30 peritus, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, rekod bagi peratusan yang keluar sedikit rendah untuk DUN Lamag berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765325/berita/politik/prk-kinabatangan-lamag-peratusan-keluar-mengundi-kurang-banding-prn-pengundi-mungkin-tak-balik---spr
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.