PRU16: Anak muda mudah ‘terpancing’ naratif Melayu-Islam
Iklan
Mujahid
KETIKA istilah ‘Rahmah’ kini menjadi label merata, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa menegaskan gerakan itu bukan muncul secara tiba-tiba, sebaliknya berakar daripada pendekatan Rahmatan Lil Alamin yang dibawa Amanah sejak awal.
Dalam wawancara eksklusif podcast Terus Terang Sinar Harian bersama beliau yang dikendalikan HAIZIR OTHMAN dan HELMI MALIK di Shah Alam, Mujahid berkata, dasar tersebut pernah diterjemah dalam kerangka pentadbiran negara sebelum terganggu akibat perubahan politik.