Tampan, berjasa tapi dituduh korup
Iklan
Panglima yang tampan, berjasa dan dihormati kini didakwa sebagai orang yang dituduh menerima hasil aktiviti wang haram berjumlah RM2.12 juta.
MACAM-macam perasaan bermain dalam fikiran Awang apabila melihat wajah bekas Panglima Tentera Darat (PAT) yang didakwa hari Khamis lepas di Kuala Lumpur.
Ada rasa sedih, kesal, marah, kecewa, macam-macam. Awang melihat sosok seorang panglima yang tampan, berjasa dan dihormati tapi kini didakwa sebagai orang yang dituduh menerima hasil aktiviti wang haram berjumlah RM2.12 juta.