Ciri-ciri baharu peperangan moden
Iklan
Jika pada masa lalu, hanya sesebuah negara yang mempunyai entiti tentera sahaja yang berupaya menjalankan operasi ketenteraan seperti perisikan, pengawasan atau pertempuran. Namun realiti pada hari ini telah berubah.
PEPERANGAN moden masa kini bukan lagi milik eksklusif angkatan tentera. Menelusuri lensa sejarah, peperangan lazimnya dilihat sebagai konflik bersenjata dan pertempuran di antara dua ketumbukan tentera atau lebih di medan perang.
Namun, realiti peperangan dalam era Revolusi Industri 4.0 dan era Kecerdasan Buatan (AI) telah mengubah landskap peperangan di mana sempadan antara tentera di barisan hadapan dan orang awam di barisan belakang telah kabur dengan signifikan.