McDonald’s Malaysia sumbang RM420,000 kepada RMHC Malaysia hasil kempen Prosperity

Iklan
Chin Mei Lee (kiri) bergambar bersama sempena majlis penyerahan sumbangan hasil Kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ di Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM

MCDONALD'S Malaysia hari ini menyerahkan RM420,000 kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia), hasil sumbangan RM0.20 rakyat Malaysia menerusi kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ yang bermula pada 20 November hingga 31 Disember 2025.

Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee berkata, sumbangan itu menandakan usaha kolektif penting dalam memberikan harapan serta bantuan kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan.

Iklan
Iklan

Jelasnya, diharapkan sumbangan ini akan memberi impak yang bermakna kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia

"Terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menyokong niat McDonald’s Malaysia untuk menyumbang kembali kepada komuniti sepanjang kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ melalui pembelian set Burger Prosperity.

Iklan

"Kami juga berbesar hati atas kerjasama berterusan yang dijalinkan dengan RMHC Malaysia sebagai badan kebajikan pilihan kami,” katanya pada Jumaat.

Majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras,Kuala Lumpur itu merupakan simbol kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia dalam menyemai semangat memberi kembali dan kebersamaan.

Iklan

Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk memperkukuh inisiatif-inisiatif RMHC Malaysia yang memberi manfaat kepada kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik.

Ia termasuk penginapan di Rumah Ronald McDonald, penyediaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, pembedahan klef bibir dan lelangit melalui program Anugerah Senyuman serta Pek Kembali ke Sekolah.

Sementara itu, Pengurus Besar RMHC Malaysia Nasri Nordin berkata, pihaknya amat menghargai para pelanggan McDonald’s yang telah sudi membeli set Burger Prosperity menerusi kempen ini.

"Setiap sen sumbangan yang diterima melalui McDonald’s Malaysia amatlah dihargai dan akan membantu RMHC mengembangkan lagi program-program kami demi mengubah kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan," ulasnya.