JAKARTA - Pasukan penyelamat Indonesia telah menemui kesemua 10 mayat mangsa penumpang terlibat nahas pesawat ringan di wilayah Sulawesi Selatan pada akhir minggu lalu.
Jurucakap operasi mencari dan menyelamat (SAR), Andi Sultan mengesahkan jasad kesembilan dan ke-10 dijumpai pada awal pagi Jumaat sehari selepas penemuan enam mayat mangsa lain di sekitar Gunung Bulusaraung, wilayah Maros.