AS akan bekerjasama dengan NATO berkaitan Greenland - Trump

Iklan
Donald Trump

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan bekerjasama dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhubung isu Greenland, kata Presiden Donald Trump pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Kita semua akan bekerjasama dan sebenarnya, NATO akan terlibat bersama kami.

Iklan
Iklan

"Kami akan melaksanakannya secara bersama, sebahagian daripadanya dengan kerjasama NATO, yang sememangnya merupakan langkah yang sewajarnya," kata Trump kepada pemberita di atas pesawat Air Force One dalam perjalanan pulang ke Washington, DC dari Davos, Switzerland.

Beliau berkata terdapat semangat yang positif untuk mencapai sesuatu keputusan.

Iklan

"Kami perlu mempunyai kebebasan yang kuat. Kami perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan apa yang kami mahu lakukan," katanya.

Pada Rabu, Trump memaklumkan bahawa rangka kerja bagi perjanjian melibatkan Greenland dan wilayah Artik yang lebih luas telah diwujudkan susulan pertemuannya dengan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte di Davos. - Bernama

Iklan