Harga emas melonjak ke RM701 segram, catat paras tertinggi baharu

Iklan
Graf pergerakan harga emas Public Gold dalam tempoh 30 hari yang memaparkan plot kenaikan atau penurunan harga emas berdasarkan pada penetapan harga Public Gold pada setiap hari.

SHAH ALAM – Harga emas 999 mencatatkan lonjakan tertinggi setakat ini apabila mencecah RM701 segram pada Jumaat sekali gus merekodkan paras tertinggi dalam sejarah.

Berdasarkan data di laman web Public Gold, harga emas tertinggi sebelum ini pada tahun 2026 adalah RM687 segram manakala harga terendah direkodkan pada RM613 segram.

Iklan
Iklan

Harga emas Public Gold dikemas kini setiap hari pada jam 12 tengah malam, selaras dengan pergerakan harga emas di pasaran dunia.

Sebelum ini, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki pengukuhan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu melebihi AS$4,800 (RM19,308) setiap auns troy.

Iklan

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, prestasi kukuh emas didorong oleh ketidaktentuan geopolitik serta kebimbangan terhadap kedudukan fiskal global.

Menurut beliau, retorik terbaharu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung cadangan pengilhakan Greenland telah meningkatkan risiko politik, sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran global.

Iklan