Salah guna kuasa: Bekas Panglima Angkatan Tentera tiba di mahkamah

Iklan
Mohd Nizam yang disiasat berkaitan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaafar yang disiasat berkaitan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Mohd Nizam, 60, akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 tiba sekitar jam 8.20.

Iklan
Iklan

Beliau memakai sut berwarna kelabu dan bertongkat diiringi pegawai SPRM memasuki lobi mahkamah sebelum dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah.

Bekas PAT ke-23 itu juga akan berdepan dengan satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Iklan

Semakan menunjukkan kes Mohd Nizam akan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada jam 9 pagi.

Pada 15 Januari lalu, SPRM menahan dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan dakwaan menerima kes jenayah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Iklan