Sekolah usia 6 tahun: Reformasi atau risiko?
Iklan
Memulakan sekolah pada umur enam tahun bukanlah idea salah, tetapi ia tidak menjaminkan kejayaan melahirkan insan yang syumul. Gambar hiasan
SASTERAWAN Inggeris Yeats pernah menulis:"Education is not the filling of a pail, but the lighting of a fire." Susunan ayat sarat roh itu terus malar merentasi masa dan peradaban sehingga ke hari ini.
Betapa pendidikan itu kudus untuk setiap ibu bapa dan anak-anak pewaris kemajuan pertiwi. Justeru tidak hairanlah Rabu yang biasa-biasa minggu ini jadi gegak gempita apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan kerangka Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035.