Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima wang haram RM77,000

Iklan
Salwani tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan berkerusi roda jam 8.20 pagi pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM77,000 pada 2024 dan tahun lalu.

Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.

Iklan
Iklan

"Faham, saya mengaku tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda kerana mengalami kesakitan di paha akibat penyakit bisul yang kronik.

Mengikut empat pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai pengawal syarikat Wany Venture telah menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM50,000, RM7,000 dan dua lagi jumlah masing-masing RM10,000 yang dimasukkan ke akaun milik syarikat itu.

Iklan

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank Damansara Heights di sini antara 24 November 2024 dan 25 November 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama, boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa.

Iklan

Subsekyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL