Moratorium e-waste: Sistem kita bocor?
Iklan
Sindiket pemprosesan e-waste yang beroperasi sejak setahun lalu di Jalan Batu Anam Buloh Kasap, Segamat ditumpaskan Batalion 5 PGA. Gambar kecil: Anis Rizana, Jalaluddin
SHAH ALAM - Di sebalik slogan kelestarian dan komitmen hijau yang sering dilaungkan di pentas antarabangsa, Malaysia kini berdepan hakikat pahit apabila dilihat semakin hampir menjadi 'tong sampah elektronik dunia' versi halal dan berlesen.
Negara yang suatu ketika gah dengan aspirasi ekonomi mampan ini terus menjadi destinasi pilihan pelupusan sisa elektronik (e-waste) haram dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan United Kingdom.