KPM mampu tangani isu bilik darjah, guru
Iklan
SK Cyberjaya sebelum ini tular di media sosial mengenai kepadatan murid-murid sehingga KPM bertindak membina SK Cyberjaya 2 yang dijangka siap pada 2027.
SHAH ALAM - Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan aspek fasiliti seperti bilik darjah dan jumlah guru susulan bilangan murid dijangka bertambah apabila Tahun Satu akan bermula pada usia enam tahun nanti.
Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, ini kerana Kementerian Pendidikan (KPM) diyakini mampu menangani isu tersebut memandangkan semua sudut akan diambil kira sebelum sesuatu dasar dibuat.