Bekas pegawai tertinggi ATM akan didakwa esok

Iklan
Seorang bekas pegawai tertinggi ATM) yang ditahan SPRM akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Khamis. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Difahamkan, lelaki berusia 58 tahun itu akan dituduh selepas SPRM mengemukakan kertas siasatan bagi Ops Parasit kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan semakan di sistem kehakiman nama suspek belum didaftarkan.

Pada Isnin, SPRM telah mengemukakan kertas siasatan melibatkan pegawai tertinggi ATM kepada pihak pendakwa raya berserta cadangan pertuduhan.

Iklan
Iklan