Foto pertemuan Anwar, Hishammuddin curi tumpuan

Iklan
Hantaran gambar dimuat naik Hishammuddin, memaparkan beliau mesra berbual dengan Anwar ketika sesi Parlimen pada Rabu.

SHAH ALAM - Hantaran terbaharu bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Rabu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Ia memaparkan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang duduk bersama bagi membincangkan beberapa perkara, dipercayai menyentuh perihal politik dan isu semasa dalam negara.

Iklan
Iklan

"Luang masa berbincang satu dua perkara dengan PMX, Anwar Ibrahim ketika sesi Parlimen tadi," kata ahli Parlimen Sembrong itu secara ringkas di Facebook.

Hantaran terbaharu bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Rabu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Iklan

Rata-rata pengguna Facebook memuji kebersamaan kedua-dua figura itu kerana sudi duduk semeja, berbincang serta bergurau senda meskipun masing-masing memiliki pandangan dan fahaman politik yang berbeza.

Tidak kurang juga memuji sikap Anwar yang berjiwa besar dan berlapang dada menerima pandangan walaupun sebelum ini pernah berdepan beberapa isu.

Iklan

Antaranya Hishammuddin pernah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tetap menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Hishammuddin juga katanya rela dipecat oleh parti dan tidak akan sesekali mengubah pendirian tersebut menerusi hantaran di Facebook bertarikh 21 November 2022.

Mengintai di ruangan komen, ada yang berpendapat bahawa Hishammuddin atau mesra dipanggil 'H2O' mungkin tidak bersetuju Barisan Nasional (BN) bergabung dengan PH untuk pilihan raya umum (PRU) lepas.

Foto pertemuan Anwar, Hishammuddin curi tumpuan.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang untuk kedua-duanya terus bersahabat dalam Dewan Rakyat memandangkan masing-masing pernah aktif di bawah payung UMNO sebelum ini.