Lelaki miliki 12 rekod jenayah diberkas kes samun wanita Vietnam

Iklan
Mohd Rosdi (gambar kecil) memaklumkan, suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pembantu gerai burger. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki menyamun seorang wanita warga Vietnam di Taman Sri Bahtera di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa berusia 23 tahun sedang berada di sebuah tokong yang terletak di tepi padang permainan sebelum didatangi seorang lelaki yang melarikan barangan miliknya.

Iklan
Iklan

“Mangsa membuat laporan polis pada hari sama dan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berjaya menahan suspek di kawasan sekitar Taman Sri Bahtera pada jam 9.15 malam, hari yang sama,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, suspek yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dan bekerja sebagai pembantu gerai burger.

Iklan

Katanya, hasil siasatan awal mendapati nilai kerugian yang dialami mangsa dianggarkan berjumlah RM8,000, membabitkan sebuah telefon bimbit iPhone 17 Pro Max, sepasang AirPods dan wang tunai RM150.

“Suspek kini direman selama empat hari, bermula Selasa hingga Jumaat, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Iklan