BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan perjuangan dalam saingan Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.
Beregu ranking ke-20 dunia itu melepasi pusingan pertama kejohanan berstatus Super 500 berkenaan selepas menewaskan gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 13-21, 21-6, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.