Murid masuk Tahun Satu usia 6 tahun, tamat sekolah umur 16 tahun - KPM
Iklan
KPM telah menyediakan Kurikulum Persekolahan 2027 yang disesuaikan dengan tahap kognitif murid, termasuk mereka yang mungkin belum mengikuti prasekolah agar dapat menguasai kemahiran asas dengan berkesan. Foto hiasan
KUALA LUMPUR - Kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijadual menamatkan pendidikan peringkat menengah atas lebih awal iaitu pada usia 16 tahun.
Iklan
Iklan
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam dokumen Soalan Lazim (FAQ) menjelaskan kumpulan murid itu tidak akan berada dalam Tahun Satu selama dua tahun, sebaliknya mengikuti struktur sedia ada: enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah.
"Murid akan mengikuti peringkat menengah selama lima tahun dan tamat peringkat menengah atas pada umur 16 tahun (15+)," menurut dokumen yang disediakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.
Iklan
KPM menegaskan bahawa kemasukan awal itu adalah pilihan sukarela ibu bapa dan tidak diwajibkan selain bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kanak-kanak yang telah mengikuti prasekolah pada usia lima tahun serta lulus saringan diagnostik yang ditetapkan.
Bagi memastikan kualiti pembelajaran tidak terjejas, KPM telah menyediakan Kurikulum Persekolahan 2027 yang disesuaikan dengan tahap kognitif murid, termasuk mereka yang mungkin belum mengikuti prasekolah agar dapat menguasai kemahiran asas dengan berkesan.
Iklan
Dari aspek prasarana, kementerian merancang pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi menampung keperluan murid di seluruh negara.
KPM juga komited memastikan bekalan guru mencukupi melalui pelbagai saluran latihan termasuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (PDPP) serta pelantikan secara Kontrak Perkhidmatan (COS).
Polisi kemasukan awal itu merupakan sebahagian daripada fleksibiliti sistem pendidikan negara bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang mencapai tahap kesediaan akademik lebih awal untuk memulakan persekolahan formal sebelum usia lazim tujuh tahun. - Bernama
Faktor kecuaian manusia seperti memandu laju dan pertukaran lorong secara berbahaya tanpa memberi isyarat dikenal pasti sebagai antara punca utama kepada majoriti insiden kemalangan di negara ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kebanyakan kemalangan yang direkodkan termasuk di 'smart lane', bukan berpunca daripada reka bentuk jalan raya, sebaliknya disebabkan sikap pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764899/berita/nasional/pandu-laju-tukar-lorong-secara-bahaya-punca-majoriti-kemalangan---alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.