Perihal pakar
Iklan
Melahirkan seramai mungkin pakar merupakan matlamat hampir semua negara.
UNTUK menjadi pakar, seseorang biasanya memerlukan pendidikan lanjutan, pengalaman praktikal yang meluas, latihan khusus, pengetahuan mendalam, pembelajaran berterusan dan secara konsisten mengemas kini ilmu, keupayaan dan kemahirannya. Dalam kes tertentu ia malah memerlukan pensijilan atau pendaftaran khas dalam bidang yang dijadikan pilihan.
Biarpun laluannya begitu sukar, namun melahirkan seramai mungkin pakar merupakan matlamat hampir semua negara. Ini kerana jumlah pakar yang ramai bukan sahaja memperkukuh kemandirian nasional, tetapi meningkatkan kemajuan ekonomi dan daya saing global, selain melindungi kepentingan-kepentingannya.