Tahun 1 usia 6 tahun langkah tepat - Pakar pendidikan
Iklan
Pelaksanaan sesi persekolahan Tahun Satu untuk kanak-kanak bermula usia enam tahun membabitkan ibu bapa serta anak yang benar-benar bersedia mulai tahun depan dilihat satu tindakan tepat. Gambar kecil: Dr Anuar Ahmad
SHAH ALAM – Pelaksanaan sesi persekolahan Tahun Satu untuk kanak-kanak bermula pada usia enam tahun, membabitkan ibu bapa serta anak yang benar-benar bersedia mulai tahun depan, dilihat sebagai satu tindakan tepat.
Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, langkah itu wajar memandangkan kebanyakan negara di dunia mula melaksanakan pendidikan sekolah rendah pada usia tersebut.