Pemandu maut tersepit pada tayar ketika cuba terjun dari lori

Iklan
Lori bawa muatan bibit kelapa sawit yang dipandu mangsa.

TENOM - Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tayar lori ketika cuba terjun keluar bagi menyelamatkan diri apabila kenderaan yang dipandunya terbabas di Kampung Pamilan Batu 15.5, Jalan Tenom - Keningau di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.42 petang.

Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 26 kilometer dari BBP Tenom.

Iklan

"Menurut komander operasi, kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dengan muatan bibit kelapa sawit telah terbabas sendiri di tepi jalan dan dalam kejadian itu terdapat seorang mangsa.

"Menurut saksi, mangsa cuba terjun sebelum lori yang dipandunya terbabas namun telah tersepit di bahagian belakang kanan tayar kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Menurutnya, operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan oleh pasukan bomba dengan menggunakan jentera berat jenis jengkaut.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.24 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut," katanya.