Harga emas catat rekod tertinggi baharu, melepasi AS$4,700 seauns troy

Iklan
HARGA emas melonjak lebih dua peratus pada Selasa, melepasi paras AS$4,700 seauns troy buat kali pertama dalam sejarah, menurut data dagangan. Gambar hiasan

HARGA emas melonjak lebih dua peratus pada Selasa, melepasi paras AS$4,700 seauns troy buat kali pertama dalam sejarah, menurut data dagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 5:10 GMT, harga niaga hadapan emas bagi bulan Februari di bursa New York Comex meningkat sebanyak AS$108.71, atau 2.37 peratus, berbanding penutupan sebelumnya kepada AS$4,704.11 seauns troy, sekali gus mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang zaman.

Iklan
Iklan

Pada masa yang sama, niaga hadapan perak bagi bulan Mac melonjak 6.23 peratus kepada AS$94.052 seauns.

Kenaikan harga emas terus memuncak pada awal minggu ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pengenalan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari lapan negara Eropah iaitu Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda, dan Finland, yang dijangka berkuat kuasa pada Februari.

Iklan
Iklan

Tarif berkenaan dijadualkan meningkat kepada 25 peratus kemudiannya dan akan kekal berkuat kuasa sehingga satu perjanjian mengenai pembelian Greenland oleh Amerika Syarikat dicapai. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti