Pegawai polis wanita, adik lelaki ditahan disyaki terima rasuah RM30,000

Iklan
Kedua-dua suspek diiringi pegawai SPRM ketika di bawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Selasa. Foto SPRM Pahang

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pegawai polis wanita berpangkat inspektor bersama adik lelakinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM30,000 antara tahun 2021 hingga 2025.

Menurut sumber, wang rasuah itu dipercayai diterima sebagai balasan untuk melepaskan individu yang terbabit dalam kes dadah.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dengan menerima wang rasuah antara RM1,000 hingga RM7,000 setiap bulan melalui akaun peribadi milik suspek lelaki.

"Suspek berusia 20 dan 30-an itu ditahan secara berasingan antara jam 4.30 petang dan 9 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang.

Iklan

"Suspek dibawa ke mahkamah pada Selasa untuk perintah reman," katanya.

Suspek direman selama lima hari sehingga 24 Januari depan. Foto SPRM Pahang

Iklan

Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhari membenarkan kedua-dua suspek direman lima hari sehingga 24 Januari depan

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.