Beruang matahari jantan mati dirempuh kereta

Iklan
Keadaan sebuah kenderaan yang rosak dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan seekor beruang pada malam Isnin.

DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan ditemui mati selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Bukit Besi–Dungun berhampiran Kampung Paya Kemudi di sini pada malam Isnin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, haiwan liar berkenaan yang dianggarkan seberat kira-kira 90 kilogram dipercayai sedang melintas jalan ketika kejadian.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kecederaan serius pada tubuh beruang tersebut termasuk di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, empat anggota Perhilitan telah mengambil bangkai beruang berkenaan untuk tindakan pelupusan mengikut prosedur ditetapkan.