NIBONG TEBAL - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di dalam sungai berhampiran Jambatan Jalan Titi Timbul di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 9.23 pagi bagi membantu polis mengeluarkan mayat berkenaan.