Dewan Rakyat rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Bung Moktar

Iklan
Dewan Rakyat pada Selasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Bung Moktar di atas pemergian beliau pada 5 Disember tahun lalu. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahayarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di atas pemergian beliau pada 5 Disember tahun lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memohon Ahli Dewan Rakyat yang beragama Islam menghadiahkan Al-Fatihah, manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan.

Iklan
Iklan

"Kita berdoa semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman.

"Saya memohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berdiri. Kepada yang beragama Islam, diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, manakala kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur," katanya.

Iklan

Bekas Ketua UMNO Sabah itu disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi, 5 Disember 2025.

Bung Moktar sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Iklan