Ancaman kemarahan sosial, peningkatan buli siber
Iklan
Satu laporan yang dikeluarkan pada Oktober 2025 mendapati 23 peratus ibu bapa di Malaysia melaporkan bahawa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.
DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia berdepan isu yang semakin meruncing iaitu peningkatan ketara dalam paparan kemarahan di ruang awam.
Rakaman ahli politik hilang sabar tular di media sosial, persidangan Parlimen yang dipenuhi jeritan dan herdikan serta video dalam talian yang memaparkan orang dewasa, termasuk penjawat awam memaki hamun orang di tempat awam telah menjadi gambaran membimbangkan tentang kemarahan sosial yang semakin menular.