Dulu bangga dengan ATM, tapi kini...
Iklan
Ketatnya disiplin ketenteraan, bukan kepada pegawai dan anggotanya sahaja tetapi telah digarapkan kepada siapa sahaja yang berurusan dengan mereka.
KEMENTERIAN Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) begitu dekat dengan diri penulis bukan kerana agensi ini agak ‘keras’ disiplinnya kepada kami petugas media ketika membuat liputan tetapi ia adalah tugasan pertama saya selepas melaporkan diri bekerja di akhbar ini.
Pada hari kedua selepas melapor diri di ibu pejabat di Shah Alam iaitu 17 Julai 2007 penulis telah ditugaskan membuat liputan helikopter Sikorsky S-61A Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terhempas di Genting Sempah, Pahang. Pesawat berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan TUDM selepas 10 minit berlepas dari Pangkalan Udara Sungai Besi.